Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » 2 Maut 4 Cedera Dalam Kemalangan 3 Kenderaan

2 Maut 4 Cedera Dalam Kemalangan 3 Kenderaan





MUAR – Sepasang suami isteri maut manakala tiga wanita dan seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta di Km 25, Jalan Muar-Batu Pahat dekat Sungai Belukang, Sungai Balang di sini malam semalam.

Bekas pengurus tanah perkuburan Cina di Batu Pahat, Tan Chai Soon, 55, dan isteri How Siew Boon, 54, dari Taman Puteri, Bandar Penggaram, maut di tempat kejadian dalam nahas pukul 9 malam itu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata empat lagi yang cedera ialah tiga yang menaiki bas persiaran termasuk pemandu, manakala seorang lagi penumpang MPV.

Kesemua mereka cedera ringan dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya kemalangan berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan balik ke Batu Pahat selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuan mereka di bandar ini.

Setiba di tempat kejadian kereta Proton Persona yang dipandu oleh Tai dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kenderaan MPV yang dipandu oleh Mazlan Abd Rahim, 55, sebelum merempuh bas persiaran yang dalam perjalanan ke Perlis dari Batu Pahat.

Katanya How yang duduk di sebelah tempat pemandu tercampak keluar dan mengalami cedera parah di kepala manakala suaminya pula tersepit di tempat duduk.

Mazlan bersama lima anaknya tidak mengalami kecederaan tetapi isteri beliau yang dikenali sebagai Hanizah cedera di lengan kiri, katanya.

Ketika kejadian, bas persiaran itu membawa 16 penumpang. – BERNAMA 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar